Math vs Islam


Peace be upon you :)


Apabila kita memberi 3, tetapi mengharap pulangan 5,

3/5 = 0.6

Amatlah sedikit ganjaran yang diperoleh.
Manakala apabila kita memberi 3, tetapi mengharap pulangan
yang sama,

3/3 = 1

Pulangan yang diperoleh sentiasa sama, 1.
Namun apabila kita memberi 3, tetapi tidak mengharapkan
sebarang pulangan,

3/0 = tidak tertakrif

Ganjaran yang dikurnia adalah tak ternilai
Oleh itu, wajarlah kita bersifat ikhlas dalam apa jua
pekerjaan agar peroleh ganjaran yang tidak terhingga
di sisi Allah kelak.

cc; @hasifshukeri

^boleh visit ig dan naikkan follower dia.
mungkin banyak lagi info dan motivasi yang korang boleh dapat.

mungkin ada yg dah kenal dia
since dia parodykan gambar album Negaraku Faizal Tahir and the gang.

DAN.
bila dah follow tu,
rajin rajinkanlah diri anda
untuk mendoakan aku, dia
dan satu batch kami straight As SPM this year.

okay?

Terima kasih bro.
gerak lu.

Ekspiriens


Peace be upon you.

heyya.
biasalah. dah lama tak balik.
banyaklah benda nak cerita.

ekspiriens?
taklah hebat mana,
cuma ya.

SAJA NAK CERITA.
kehkeh.

macam ni,
hari tu, kitorang ada exam.
tiga minggu.
tanpa henti. fuh!

and, asrama aku, tiga minggu sekali
akan ada malam kebudayaan.
yang akan buat persembahan adalah bilik yang terpilih.
taklah pilih,
kitorang rotate.

kalau dulu, malam sabtu kitorang 
dihabiskan dengan tengok tayangan je.
tapi kali ni mudir nak kitorang keluar kan bakat,
keluarkan kreativiti.

tak nak otak terperuk macam tu je.
tengok tayangan, naik bilik
kosong.
takde apa yang kau dapat. 
camtulah lebih kurang.

k tu bukan point dia.
point dia, minggu tu, 
turn bilik aku.
so yelah

kalau dah kau yang kena buat persembahan,
suka hati kaulah kan nak buat apa? kan?
soooo
bilik aku buat tiga cerita.
kitorang ada 32 orang, bahagikan satu cerita 7 orang.

Love, Horror, Joke.

k sebenarnya part horror tulah permulaan ekspiriens aku
ecewah.

yelah, kita manusia.
Allah bagi setengah antara kita ni kelebihan.
ada yang boleh nampak,
ada yang tak.

so masa cerita tu start,
yang nampak dah menangis nangis dah.
nak nak yang nampak tu pulak form 1.
lagiii cam gempak ah.

pastu k dipendekkan cerita
malam tu sorang dah kena.
ketua asrama siap pesan lagi sebelum kitorang tidur,

"kalau jadi apa apa malam ni, terus kejut aku sampai aku bangun, tak pun kejut *ku."

masa tu aku dah ngantuk gila
and aku tengah pening.
so aku macam,

"apa yang akan jadi?"

sebenarnya saja je buat buat tak faham,
aku faham je. heheh

esoknya okay kitorang ada prog dgn MSU.
tapi prog start pukul 9 something.
so kitorang boleh naik atas dulu,
ready apa yang patut.

and then, aku masuk bilik.
nampak ada ramai, takdela ramai mana
tengah kerumun satu katil
ada yang mengaji
ada yang baca

"qul rabbi a'uzubika min hamazaatisyayatiin"

pastu aku tanya budak bilik
"kenapa tu"
diorang kata ada budak kena.
tapi yang kena tu bukan budak bilik aku pon

pastu dalam berapa minit lepas tu,
depan bilik aku pulak,
ada orang tengah pujuk pujuk sorang budak ni
budak tu tengah nangis.

pastu aku pon takdelah expect dia tengah kena jugak
sebab boleh je jadi dia nangis sedih tengok
kawan dia kena kan?

tetiba dia dibaringkan
aku dah macam,
apahal pulak tu?

so aku dalam keadaan mamnu',
dengan beraninya
pergi dekat budak tu.

dekat gila.
aku pergi kat bahagian kaki.
dahsyat duh.

TAPI
niat aku time tu cuma nak tengok je
tetiba aku disuruh untuk pegang ibu jari kaki budak tu
sambil baca ayat kursi

pastu aku buat je tanpa fikir apa apa
tengah buat tu baru aku teringat
aku mamnu'
aku pegang dia.

waduh.

aku dah cuak.
tapi benda ni tak boleh.
kau cuak.
lagi dia suka.
so kau kena cool je.

so aku pon apa lagi
control
padahal, time aku tengah baca tu
adalah sekali sekali aku pandang muka dia

taklah seram
sebab dia tengah menangis
mungkin tengah tahan

tapi setiap kali aku pandang
bacaan aku akan berterabur
sebab otak aku dah gelisah
hati aku dah tak tenang
so aku akan cepat cepat pandang tempat lain

pastu budak tu pon dibawa ke bilik 202.
kat situ ada budak yang kena dalam bilik aku tadi.

so diorang memang dah nak ubatkan dua dua tu kat situ.
k asrama aku ni, atas bawah dengan asrama banin
iaitu lelaki.

so, diorang cam aku tak taulah jerit ke apa
sebab bilik aku 206.
so sangat jauh dengan 202 tu untuk tau apa yang jadi lepas tu

kay diorang yang terlibat tu
mintak tolong banin tolong azan kat setiap penjuru.
tapi bukan kat asrama kitoranglah
kat asrama diorang.

memang bila dengar azan tu,
aku jadi lagi seram
aku tak tau kenapa.

pastu ustaz izwan (warden) dengan ustaz imran (mudir)
datang.
then settle.

okay ibrah dia.
malam tu, mudir jumpa semua banat.

dia cakap
"saya dapat laporan, ada bilik yang buat persembahan
ceita hantu. saya tak kisah. nak buat ceita apa buatlah.
itu kreativiti sendiri. yang penting mind set kita."

pastu dia cakap.
nak berhadapan dengan sesuatu benda,
kena tahu guna apa.
respon atau reaksi.

kalau dengan makhluk halus macam ni,
kita kena bagi respon. bukan reaksi.

faham tak?
aku tak pandailah nak terangkan.

okay pastu dia cakap lagi
benda benda tu semua sebenanya penakut.
kalau kita tengok balik
dia hanya akan muncul dekat
sebalik langsir,
luar tingkap ke.
mana manalah
yang penting jauh dari kita.

sebab.
benda ni, bila dia dah muncul dekat dengan kita,
dia jadi macam kita.
so kita baling apa apa akan hancur lah dia.

macam ada satu kisah ni
masa zaman nabi
ada seorang sahabat,
dia nampak seekor ular.

lepas tu dia bunuh ular tu,
ular tu terus mati.
rupanya ular tu adalah syaitan,

kalau jumpa benda ni,
apa yang kita kena buat adalah,
doa banyak banyak kat Allah.
takde benda lain dah.
TAPI.
time doa tu,
jangan doa kerana kita takutkan dia
doa kerana kita nak mintak tolong dekat Allah.

kalau jumpa benda ni jugak,
ingat.
taraf kita dengan dia,
kita khalifah.
Allah dah kata manusia ni khalifah.
tapi bila nak mintak pertolongan Allah
betulkan balik,
ingat balik taraf kita dengan Allah.
Allah pencipta, kita hamba.

okay itu saja untuk kali ni.
adios.


*ku - ketua umum

Tepuk


Peace be upon you.

Tepuk?
Lel semalam penat,
Hari ni tepuk pulak.

Kk,
Kau pernah main tepuk?
Tepuk amai amai?
Apa apa tepuklah yang penting yang guna tangan.

*Lel ada ke tepuk yang guna kaki?*

Tapi.

Pernah kau main sorang-sorang?
Takde kawan?
Pernah?

Pernah dengar,

"Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi"?

Pernah?

Bertepuk dengan angin memang tak sakit.
Sebab sakit dia bukan rasa dekat tangan.
Dekat hati.

Kk,
Siapa pandai relatekan entry ni dengan yang sebelum,
Sila komen di bawah.

*choi macam ada yang baca. pffft.

^lel poyonya.

Kk,
Bbye.

Fenat


Peace be upon you.

I have pen.
I have a nut.
Ugh.
Penat.

Penat
Penat
Penat

Pernah rasa penat?
Tak pernah rasa penat?
Tipu tak pernah rasa penat.

Naik tangga pergi tingkat 5 takkan tak penat?
Okay sekarang ada lif. 
Okay fine.

Sebab semua dah tak penat,
Jadi itu sahaja untuk kali ni. 
Bbye.