Manisnya Kuah Itu!


Peace be upon you gais :)

Bagaimana mahu memaniskan ukhuwah?

Pejamkan mata, maafkan kesalahan sahabat.

Dan berazam.

Selepas ini,
Aku tidak mahu bersangka buruk dan aku hanya akan
melihat yang baik saja padanya.

Selepas ini,
Aku takkan mudah melihat sikapnya
melainkan merenung salah diri sendiri
terlebih dahulu.

Selepas ini,
Aku pasti memberi dan memberi dan memberi.
Setiap kali sahaja sahabatku memerlukan aku
di sampingnya.

Selepas ini,
Aku tidak mahu hanya di hadapan memuji,
tetapi di belakang ada umpatan.

Selepas ini,
Aku tidak akan berkira, 
dalam memberi kebaikan walau tidak berbalas.

Selepas ini, 
Aku akan merendahkan ego
untuk menyatakan cinta
terhadap seorang sahabat.

Kerana ini semua perintah Allah. Kerana ini semua merupakan pesanan Nabi. 
Adios. 

-dance in the rain.

1 comment: