Jangan Cepat Menghukum


Peace be upon you.

Nabi Isa Alaihissalam melihat seorang lelaki mencuri, lalu beliau bertanya,
"Adakah engkau mencuri?"

Lelaki tersebut menjawab,
"Tidak demi Allah Yang Tiada Tuhan berhak disembah melainkan Dia!"

Maka Nabi Isa berkata,
"Aku beriman kepada Allah, dan aku mendustakan kedua-dua mataku"

Janganlah terburu-buru menetapkan hukum berdasarkan zahir sesuatu perkara.
Walaupun yang buruk tu jelas di mata kita, mungkin ada lagi 1001 lagi perkara tersirat atau penafsiran yang berbeza. Walau sesuatu itu seolah-olah jelas di hadapan kita sebagai suatu yang buruk, namun kita perlu yakini, kita adalah manusia lemah yang sangat jahil. 

Ada 1001 mungkin lagi. Apatah lagi jika kita menetapkan keputusan berdasarkan kepingan gambar di instgram atau facebook.

Sifat orang beriman, dia sentiasa mencari 1001 alasan untuk mempertahankan saudaranya yang beriman (walau asalnya dalam hati sangat geram), bukan mencari-cari 1001 alasan untuk mengutuk dan mengeji saudaranya.

Jom kita amalkan husnudzon seperti diajar oleh kekasih kita Rasulullah SAW.

(Ustaz Abdul Kader al Joofre)

***

So yeah,

Macam yang aku kata.
Aku ni taklah pandai berkata-kata.

So ni aku ambik dari cikgaram punya tumblr.

Benda ni mengingatkan aku,
Yang hari tu, tak ingatlah masa ezam ke, lepas SMA.
Ada sorang sohabah yang sangat sulihah tanya aku.

"Awak, kalau ada kawan awak, kawan yang rapat dengan awak sakitkan hati awak, awak buat apa? Sakit hati tu macam awak dah lama gila tahan dengan perangai dia"

So aku bagila satu kata-kata macam kat atas tu.
Meh aku quotekan biar korang nampak.
Sifat orang beriman, dia sentiasa mencari 1001 alasan untuk mempertahankan saudaranya yang beriman (walau asalnya dalam hati sangat geram), bukan mencari-cari 1001 alasan untuk mengutuk dan mengeji saudaranya.
Nampak dah?
Yes betul.
Aku sebenarnya kalau nak ikutkan, 
ada je sakit hati dengan kawan aku.

*dan aku rasa semua orang pun ada*

Masa mula-mula tu yelah, 
Aku kan ego.
Jadi aku pun tunjuk perasaan. 
Ahahahaha rasa childish gila oh my god...

Tapi, aku tak ingat aku jumpa ayat tu dari mana,
Katanya dari seorang Imam ke sape tah 
(kalau tau boleh komen).

Sejak aku jumpa ayat tu aku jadi macam.
Okay!

Dan aku bahagia....
Ceh!

Taklah, adalah jugak sakit hati. 
Dia macam, ya.
Kau pun tau kan macam mana rasa tahan sakit hati tu kan?

Tapi kalau nak relationship kau bertahan,
Ni jelah caranya.

DAN!
Benda ni bukan sahaja digunakan untuk mempertahankan hubungan ANTARA ORANG YANG KAU KENAL SAHAJA.
Malah dengan orang lain pun sama.

Yeah, sebab aku tengok banyak sangat benda pelik pelik viral.
Tu viral, ni viral.
Motifnya?
Entah la nak.

Memanglah ustaz tu kata "sifat orang beriman".
Tapi tak bermakna hanya yang bertudung labuh, bersongkok serban jubah sahaja yang perlu untuk husnudzon.
Alasannya apa?
Sebab mereka beriman.

Ayoo, c'mon a guys.

Semua orang beriman,
Cuma tinggi atau rendah je.

Jadi, marilah kita bersama-sama melatih husnudzon dalam diri masing-masing.
Agar fitnah tidak tersebar,
Ukhuwah dapat dijaga,
Negara aman,
Rakyat sejahtera.

Okay?
Goodbye.
Adios.


Manisnya Kuah Itu!


Peace be upon you gais :)

Bagaimana mahu memaniskan ukhuwah?

Pejamkan mata, maafkan kesalahan sahabat.

Dan berazam.

Selepas ini,
Aku tidak mahu bersangka buruk dan aku hanya akan
melihat yang baik saja padanya.

Selepas ini,
Aku takkan mudah melihat sikapnya
melainkan merenung salah diri sendiri
terlebih dahulu.

Selepas ini,
Aku pasti memberi dan memberi dan memberi.
Setiap kali sahaja sahabatku memerlukan aku
di sampingnya.

Selepas ini,
Aku tidak mahu hanya di hadapan memuji,
tetapi di belakang ada umpatan.

Selepas ini,
Aku tidak akan berkira, 
dalam memberi kebaikan walau tidak berbalas.

Selepas ini, 
Aku akan merendahkan ego
untuk menyatakan cinta
terhadap seorang sahabat.

Kerana ini semua perintah Allah. Kerana ini semua merupakan pesanan Nabi. 
Adios. 

-dance in the rain.