Harapan Dan Expectation.


Peace be upon you gais.

So yeah, hai everyone.

Macam wow gila sebab baru hari ni aku boleh tulis balik. 
Tak rasa lama ke dari bulan jun sampai november tu?
Kalau tak rasa lama tu memang kau tak rindu aku, kahkah.

Taklah, sebenarnya dah dua drafts yang aku bina sepanjang aku tak update. 
So, yeah. Ini draft yang pertama.

Banyak kali dah aku terfikir nak update tapi tak tau nak cakap pasal apa.
Dan, hari tu aku baca buku Mato (hopefully semua kenal), then he gave me an inspiration to update.
Yang pada awalnya aku nak hantar untuk majalah sekolah tapi akhirnya hantar di sini. hewhew.

***

Okay back to the topic. Sila anggap ^ penghargaan. Atau nak lagi formal kata alu-aluan.

Okay.
Harapan dan expectation. 
Sama ke?

Harapan; meletakkan satu harapan pada makhluk atau something else.
Expectation; dia kadang high kadang tak. dan of course expectation ni pada makhluk ot something else.

Keduanya bawa kesan yang sama.

Kalau apa yang diharap, kau dapat.
Automatically kita akan rasa happy.

Dan kalau apa yang kau nampak, sama dengan apa yang kau expect.
Ianya takkan menimbulkan rasa kecewa atau marah dalam hati kau.

Hm hm.


Ok, chill. Minum air dulu.



So, harapan dan expectation mereka pada kita tinggi.
Pandangan pada kita pun tinggi.
Walaupun kau memang perlu sedar pada hakikatnya kau memang tak tinggi.

Tak tinggi ok. Bukan terbantut. Itu lain cerita.


Jadi, alkisahnya di sini. Aku bukan nak suruh kita pastikan mereka puas dengan apa yang diharap dan diexpect. Sebab kita memang selamanya takkan pernah berjaya untuk memenuhi harapan dan expectation manusia.

Cuma perlu jaga apa yang sepatutnya dijaga sebagai apa yang kita jadi dan akan jadi dan sedang jadi. Kau memang akan rasa susah bila nak buat satu benda baik tu kalau kau buat sebab nak perhatian manusia,

"Ingat, hidup ini untuk dapatkan perhatian Allah"

Dan, aku tak tujukan entri ni hanya untuk orang orang yang bergelar
pelajar tahfiz;
pelajar jurusan agama;
pelajar lulusan al azhar;
dan seangkatan dengannya.

Sebab aku tak nampak cuma mereka saja yang ada nama untuk dijaga.
Kita semua ada nama, yang penting.
Kita semua ada agama,
Untuk dijaga.

Banyak dari yang berharap itu kecewa, sebab sandarkan harapan pada manusia. - Mato -

No comments:

Post a Comment