Hati Perempuan


Peace be upon you gais :)


Biasa kita dengar,
"Lelaki yang memandang wanita lalu
dia tidak merasakan apa-apa maka lelaki itu dusta"

Not sure ayat sape. Maaf.

Tapi,
Sebenarnya, perempuan pun boleh guna ayat ni.
"Perempuan yang tak ada 1% perasaan pun
apabila dia dikaitkan dengan lelaki maka perempuan itu
penipu"

Kenapa?

Sebab.
Wanita/perempuan.
Didatangkan juga lumrah untuk dirinya
mempunyai hati yang lembut, dan
mudah tersentuh.

So, hati perempuan ni.
Sangat lembut.

Nak katanya,
Kalau ada mana mana lelaki yang mungkin
berikhtilat yang dibernarkan dengan seseorang
perempuan,

PADAHAL.
Muka lelaki tu takdelah hensem mana.
Hati budi pun tak kenal.

Tapi CONFIRM.
Perempuan tu mesti akan ada rasa something.
Tapi, inilah titik permulaan yang
boleh menyebabkan kita terjerumus pada

zina hati
zina mata
zina telinga

semua perkara yang on the way to zinalah kiranya.


JADI. Apa yang aku nak sampaikan adalah,

Bukan hanya lelaki sahaja yang perlu
kawal perasaan.
kawal pandangan.
kawal percakapan.

Perempuan perlu jaga lebih lagi.
Sebab?
Hati kita ni lembut.
Mudah sangat tersentuh dengan kata kata manis.

Jadi kita perlu untuk elakkan diri daripada
tersentuh dengan kata kata manis tu.

Perempuan.
Nak jaga diri tu senang je,
Tapi. Nak jamin diri tu terjaga,
Agak payah.

Perempuan.
Jaga aurat.
Jaga mata.
Jaga pendengaran.
Jaga mulut.
Dan paling penting,
Jaga pergaulan.

InsyaAllah hati kita akan terjaga
dan tak mudah disentuh
mana mana lelaki.
Bila satu tu tak jaga,
semua spoil.

Contohnya,
Kau pakai tudung labuh,
Tapi mata mengusha lelaki.
Jadi,

Jangan kita alim pada pakaian, tapi hati meliar pada lelaki
-irdeen-


Puasa.


Peace be upon you :)

Atas kesibukan dan masalah tidak tahu hendak menaip apa, aku mengambil keputusan untuk tidak post apa apa, selama dua bulan. So, 2 days left untuk ramadhan. Ready?

Yeah ritu umi ada jemput imam masjid klia untuk memberi tazkirah kepada pelajar banat di musolla banat. Tentang FIQH SIYAM (FEQAH PUASA). Yea mostly perempuan yang akan ada masalah masalah tertentu ketika puasa. Oh, tak lelaki pun.

Firstly, puasa;menahan.

So apa sahaja perkara yang kita buat yang bersifat menahan, puasalah nama dia. Seperti yang kita tak sedar, semua ibadat ada waktu masuk, ada waktu keluar. Macam puasa, waktu masuk dia, terbit matahari. Waktu keluar (habis), matahari terbenam. Means kat sini, bila kita start dan bila kita habis.

Yah waktu dah nak raya ofcourse kita balik kampung en. Katakanlah waktu korang dalam perjalanan nak balik tu, tetiba azan yang menandakan dah waktu berbuka. Kebetulan, dalam kereta takde makanan, R&R lambat lagi nak jumpa, apa korang buat?

No! Tak perlu buat benda yang membatalkan puasa, sebab bila azan maghrib je, automatik puasa dah habis. Ye okay? Tak faham tanya. Cewahh.

Seperti yang kita tahu, ganjaran puasa ni unlimited. Allah dah kata, solat Dia bagi 27 kali ganda pahala kalau berjemaah tapi kalau puasa, biar Dia yang tentukan. Kita memang tak tau. Then, orang yang berpuasa ni, Rasulullah kata dapat 2 kegembiraan. First, bila berbuka, dia gembira. Second, bila bertemu Allah, dia gembira dengan puasa.

Cuba bayangkan time puasa. Dahlah penat, kena marah, orang buat hal. Pastu bila tiba je azan maghrib, automatik kita akan rasa happy kan? Hilang semua rasa penat. Sebab Allah hilangkan segala kepenatan dalam sehari even kau teguk segelas air.

Puasa, ada 4 hukum.

1. Wajib.
- Puasa ramadhan. Salah kalau seseorang tu dia iktikad (yakin) cakap puasa tu tidak wajib. Boleh jatuh murtad sebab dia dah tolak sesuatu yang dah ditetapkan oleh Allah.

Puasa qada'. Puasa qada'. Macam biasalah qada' seberapa banyak yang kau tinggal. Tapi, yang kau tak boleh buat, kau tak qada' puasa kau, pastu kau ganti dengan fidyah. Tak jalan. Fidyah tu bila kau tak ganti ganti kau punya qada' sampai puasa akan datang.

Contoh= kau tertinggal puasa tahun lepas. Sampai lah puasa tahun ni, kau still tak ganti puasa tahun lepas. So kau kena bayar fidyah mengikut hari yang kau tinggal. Faham?

Kalau contohnya tertinggal puasa selama 15 tahun. Tahun ni baru kau ingat, dan kau ingat tu sebelum ramadhan tahun ni, kau kena bayar fidyah. Sebab tahun semasa tak dikira. Contoh kiraannya = RM10 (harga fidyah) darab  10 (hari) darab (tahun).

Puasa kifarah. Puasa ni ialah puasa denda untuk orang yang buat zihar. Zihar ni suami yang samakan anggota zahir isteri dia dengan anggota zahir mahram dia. Jatuh zihar bila suami samakan anggota zahir (yang aurat sahaja) dengan mahram dia. Contoh "Eh lengan you macam lengan mak i" - jatuh zihar.

Beza bila suami dia cakap "Lengan mak macam lengan isteri saya" -ni tak jatuh zihar. Dan ia juga tak jatuh zihar bila suami samakan sifat/perangai isteri dia dengan mahram suami.

So, bila dah jatuh zihar, suami tak boleh bersama dengan isteri. Untuk bebas, suami kena denda; merdekakan hamba. Memandangkan dah takde hamba pada zaman ni, suami kena puasa dua bulan berturut-turut atau beri makan pada fakir miskin seramai 60 orang.

Hukum ni WAJIB PADA SUAMI. Bila sentuh isteri pada siang hari bulan ramadhan, kena puasa kifarah. Tapi kalau sebelum dia sentuh tu, dia makan, takpe.

Puasa haji/umrah.

Puasa istisqa'. Puasa ni puasa untuk negara yang dah lama tak hujan. Kalau setiap masjid kat negara tu buat solat sunat istisqa, umat islam WAJIB puasa. Kalau tak buat kena qada'.

Puasa nazar. Nazar ni biasa orang buat bila dapat something yang dia nak. Tapi, nazar ni hanya berlaku pada perkara perkara yang sunat dan harus SAHAJA. Contoh; "kalau aku dapat straight A, aku nak puasa isnin khamis"

Ia tak berlaku pada perkara perkara yang makruh, haram, wajib. Kalau dia bernazar pada perkara tersebut, nazar dia tak sah dan boleh jadi dosa kalau dia buat. Dan nazar, kena nazar benda yang baik. Nazar takkan jadi kalau kau cuma niat dalam hati, kena lafaz.

2. Sunat. Ada 3 bahagian.
- Berulang ikut tahun. Contoh; puasa 6 syawal, puasa wukuf; puasa ni untuk orang yang takde di sana, sunat, puasa nifsu syaaban.
- Berulang ikut bulan. Puasa hari putih (waktu bulan penuh) - 13, 14, 15, puasa hari hitam (waktu gelap) - 28, 29, 30.
- Berulang ikut minggu. Puasa sunat isnin khamis, puasa nabi daud*.

3. Makruh.
- Puasa tunggal.  Puasa tunggal ni puasa yang orang selalu buat time hari jumaat, sabtu atau ahad, Kebanyakannya orang buat time hari jumaat pastu diorang tak pairkan. Means, kalau kau tetiba rajin nak puasa hari jumaat, kena pairkan dengan sabtu atau khamis. Kalau puasa sabtu, pair dengan jumaat atau ahad begitu juga dengan ahad. 

Tapi, kalau ada pertembungan contohnya, kitakan disunatkan puasa 9 zulhijjah. Tiba tiba tahun ni, 9 zulhijjah tu jatuh pada hari jumaat. Solusinya, jangan niat puasa sunat hari jumaat macam kau niat puasa sunat isnin khamis, niat puasa 9 zulhijjah. Okay?

- Puasa sepanjang tahun. Puasa ni jadi makruh sebab takut memudharatkan diri kita, sampai kita tak dapat nak laksanakan tugas. 

4. Haram. 2 bahagian.
- Haram tapi sah. Contohnya, isteri puasa tanpa izin suami. Dia jadi haram tapi puasa yang isteri tu buat, tetap sah. Sebab tugas wajib isteri, layan suami. Jadi bila dia puasa tanpa izin suami, dia tak boleh nak layan; sediakan makan minum, so ianya dikira haram. Sebab dalam Islamkan kita kena utamakan yang wajib baru yang sunat.

- Haram dan tak sah.  Ada 5 situasi,
1. Puasa 1 Syawal
2. Puasa 10 Zulhijjah (Aidiladha)
3. Puasa hari tasyrik (11,12,13)
4. Puasa pada separuh akhir bulan syaaban. Tapi, ia dibenarkan sekiranya menjadi rutin. Contohnya kau dah biasa puasa sunat isnin khamis, sampai separuh syaaban, sepatutnya kau dah tak boleh puasa. Tapi sebab kau dah jadikan benda tu rutin, jadi dibolehkan. Pastu kalau kau belum habis puasa qada' pun dibenarkan.
5. Puasa pada hari syak.

*Puasa nabi daud ni, puasa yang selang seli. Contoh, isnin kau puasa, selasa kau tak puasa and so on.

K gerak lu, pape tanya. 😁