Sabar.


Peace be upon you :)

Sabar.
Mostly, word ni akan keluar bila kau ditimpa ujian.
Kawan kau nak pujuk kau,
Atau kau nak pujuk kawan kau,
Yang ditimpa ujian.

Ada tiga jenis sabar. 
Sabar dalam ketaatan pada-Nya.
Sabar daripada kederhakaan pada-Nya.
Sabar menghadapi ujian daripada-Nya.

Ya, sebagai seorang Muslim.
Kita memang takkan lari daripada ujian-Nya.

"Ujian untuk hidup, bukan hidup untuk ujian"
Ustaz Imran berkata pada suatu ketika.

Sebagai contoh,
Ujian yang paling biasa ialah,
Couple.

Sebab apa contohnya couple?
Sebab,

"Ujian bagi lelaki = perempuan. Ujian bagi perempuan = lelaki"

Semua orang tau couple tu haram.
Jadi kalau kita buat, kita dianggap
Derhaka kepada-Nya.

Jadi, untuk mengelak daripada kita derhaka kepada-Nya,
Kita mestilah bersabar.
Macam mana?
Jangan couple.

Sebab Dia akan ganti dengan yang lebih baik.
Dengan ini, terbuktilah
Ketaatan kita kepada-Nya.

Seperti kata Cik Garam,
Ujian untuk menambah kesabaran.
Dan orang selalu kata,

"Eii, sabar aku pun ada had juga!"

Excuse meh! Sabar tiada had.
Selagi mampu bersabar, sabar.
Kalau sabar ada had, maknanya pahala kau pun ada had.
Sebab Allah dah kata yang,
Sangat besar pahala bagi orang yang bersabar.