Nafsu.


Peace be upon you :)

Hari tukan. Cikgu aku, citer kat kelas Fatimah. Kawan aku, yang kelas Fatimah citer kat aku. Pasal NAFSU.

Nafsu. Dia kuat. Tapi dia bodoh.
Syaitan. Dia lemah. Tapi dia bijak.
So, syaitan menggunakan nafsu untuk suruh kita buat sesuatu yang dilarang.
Contoh? Paling simple pun, langgar peraturan sekolah. Hm.

Lepas tu. Allah letakkan nafsu kat dalam neraka. Dan Dia tanya kat nafsu;
"Wahai nafsu, siapakah Aku dan siapakah engkau?"
Dan nafsu pun jawab dengan angkuh;
"Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau"

Kemudian, Allah letakkan nafsu dekat satu tempat yang paling sejuk kat neraka.
Yang sejuknya tu bagaikan dekat kutub utara yang mencucuk cucuk sampai ke tulang.
Pastu Allah tanya lagi;
"Wahai nafsu, siapakah Aku dan siapakah engkau?"
Nafsu jawab lagi,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau"

Pastu Allah tak bagi dia makan dan minum untuk beberapa tempoh.
Dan nafsu pun berkata;
"Wahai Allah, aku mengaku. Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu"

Kemudian Allah letakkan nafsu dalam tubuh malaikat.
Kemudian Allah keluarkan semula.
Malaikat kata, dia sangat sangat respect dekat manusia sebab manusia boleh kawal nafsu mereka.

So kawallah nafsu anda ye anak anak.
Assalam.

1 comment:

  1. kuat betul nafsu nih.. patut la org susah betul nak berenti merokok XD So sebenarnya apa yang kita mahu ni -especially something to the extreme- nafsu la kan :3

    ReplyDelete